Our Story - Woodrose Senior Residences

Our Story

Kisah Kami

Woodrose Senior Residences Sdn Bhd (“WSR”) adalah syarikat penjagaan kesihatan yang beroperasi dalam bidang perkhidmatan Penjagaan Warga Emas.

WSR memulakan operasi di bawah struktur korporat yang baru pada tahun 2015. Pasukan pengurusan semasa WSR menumpukan pada visi untuk membawa syarikat ke tahap keunggulan dan kecemerlangan seterusnya.

WSR kini dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang cukup berpengalaman dan mempunyai tahap kewibawaan yang tinggi. WSR diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif-nya yang merupakan seorang doktor perubatan yang mendapat Latihan daripada Universiti Manchester di England. Beliau turut dibantu dan mendapat bimbingan daripada Lembaga Pengarah yang berpengalaman tinggi dalam memastikan WSR beroperasi dan berjalan secara profesional dan korporat.

Di WSR, prestasi operasi dan budaya kerja yang cemerlang sangat dititik beratkan. Begitu juga daripada aspek tingkah laku yang beretika; kami percayai ianya membawa kepada pencapaian yang memberi impak terhadap norma industri dan jangkaan pasaran.

Kesimpulannya, amalan yang diterapkan dan diamalkan oleh WSR adalah bertujuan untuk memastikan kualiti penjagaan yang lebih baik dan tahap kepercayaan yang tinggi kepada semua penghuni kami dan ahli keluarganya.

WOODROSE SENIOR RESIDENCES
(207075-U)

Head Office
No. 3, 2nd Floor,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Seksyen 9, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: +6014 299 1295
Enquiries: +6012 709 8102
Careline: +6012 433 8102