Our Shariah Compliance - Woodrose Senior Residences

Our Shariah Compliance

Dalam setiap peringkat kehidupan kita, kebanyakannya mempunyai mentor dan pemimpin untuk membimbing kita melalui cabaran untuk berjaya.

Di Woodrose, kami mempunyai Ustaz Abdullah Basri yang dapat membimbing dan memberi sokongan di dalam bidang keagamaan Islam untuk Residen kami sebanyak 3 kali seminggu di rumah itu sendiri. Ustaz akan membimbing Residen melalui penyembuhan rohani untuk mencari ketenangan dan kedamaian dalaman sambil meniti usia tua. Aktiviti bimbingan lain juga termasuk Zikir atau membaca Surah Yasin. Ini boleh membantu menyumbang kepada perjalanan penyembuhan Residen.

Ustaz Abdullah Basri Bin Ali Sabri

Ustaz Abdullah Basri Bin Ali Sabri  telah memulakan pendidikan di Madrasah Tahfizul Quran Penanti, Pulau Pinang. Beliau menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam Hafazan dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Miftahul Ulum Sri Petaling. Di sini beliau memperoleh Sanad dalam Sihah Sittah, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Abu Daud, Sahih Tarmizi, Sahih Nasai, dan Sahih Ibnu.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang pendidik Agam Islam. Ustaz Abdullah Basri mengajar di Madrasah Nurul Iman, Shah Alam dan berkhidmat sebagai Imam di Surau As Salaam Sri Mahligai.

Woodrose Senior Residences telah menggunakan khidmat beliau sebagai guru agama Islam dan penasihat selama 5 tahun.

Selaras dengan dasar syarikat untuk menawarkan perkhidmatan Penjagaan Warga Emas yang patuh Shariah, Ustaz Abdullah Basri telah banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan membantu syarikat di dalam memastikan bahagian pengurusan, produk, kemudahan dan perkhidmatan penjagaan yang ditawarkan sememangnya mematuhi syariah. Di Woodrose, perkhidmatan penjagaan warga emas direka dengan mematuhi prinsip Islam. Antara perkara penting yang dititikberatkan dan dipenuhi di Woodrose untuk ketenteraman, kebahagiaan dan kesejahteraan rohani dan jasmani semua residen kami adalah seperti berikut:

 

1. Tanggungjawab Pengurusan

Nadi Woodrose terletak pada pasukan pengurusannya. Ini merangkumi pemilihan kakitangan pentadbiran dan pengurusan yang berkualiti dan harga pakej yang berpatutan.  Fasiliti dan kemudahan yang disediakan di setiap Centre, penjagaan residen, perkhidmatan pelanggan, sumber manusia dan pengurusan F&B, kesemuanya mesti selari dengan syariat.

 

2. Perkhidmatan

Pasukan medikal dan penjaga sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas memberi rawatan perubatan dan penjagaan kepada residen dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan, memberikan keselesaan dan kebahagiaan kepada mereka. Prinsip dan etika kerja yang ikhlas dan amanah dapat mengelakkan sebarang kecuaian yang boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan kepada residen. Di Woodrose, kami juga menekankan kepentingan menjaga aurat supaya residen merasa selesa apabila aurat dan maruah mereka terjaga.

 

3. Produk

Woodrose memastikan produk yang ditawarkan kepada residen adalah mematuhi prinsip shariah dan halal serta baik (tayyiban). Bukan sahaja makanan dan minuman yang disajikan sesuai mengikut keperluan pemakanan residen pesakit, ia mestilah juga halal. Keperluan produk penjagaan diri dan kebersihan residen seperti sabun mandi, syampu dan ubat gigi juga mestilah halal. Woodrose juga sedaya upaya memastikan bahawa produk farmaseutikal yang dibekalkan kepada residen mematuhi keperluan halal yang ketat dan selamat untuk penggunaan terutamanya untuk yang beragama Islam. Mungkin terdapat beberapa konsesi yang dibuat dalam kes darurat atau keperluan ekstrim di mana farmaseutikal bukan halal boleh digunakan jika tidak ada pilihan lain dan boleh mengakibatkan kematian pesakit.

 

4. Kemudahan

Di Woodrose kami menyediakan tempat penginapan serta kemudahan lain yang dapat membantu residen dan kakitangan untuk melaksanakan ibadah harian mereka. Residen ditempatkan di bilik yang berbeza berdasarkan keperluan residen dan status sosial mereka. Kriteria penting yang perlu dijaga dalam Penjagaan Kesihatan Mesra Muslim ialah privasi. Kami mengasingkan bilik di antara residen lelaki dan wanita.Adalah menjadi tanggungjawab pasukan medikal dan penjaga dalam membantu pesakit membersihkan diri sebelum melakukan ibadah terutamanya untuk menunaikan solat. Mereka perlu memastikan tempat dan pakaian mereka bersih daripada sebarang kekotoran terutamanyabagi residen yang terlantar atau yang telah dilekatkan dengan beg kencing.Untuk residen yang terlantar dan mempunyai pergerakan yang terhad, kami ada menyediakan debu yang bersih untuk tujuan tayammum (perbuatan Islam berwuduk kering menggunakan pasir atau habuk yang telah disucikan), yang boleh dilakukan sebagai ganti mencuci ritual (wuduk) atau semburan air untuk mereka kerana mereka tidak boleh mengambil wuduk secara normal.

 

5. Prinsip Keperluan (Dharurah)

Islam adalah agama Rahmah dan Allah s.w.t dengan rahmat-Nya yang tidak terhingga telah mengizinkan beberapa kelonggaran bagi umat Islam apabila berhadapan dengan situasi yang dikenali sebagai dharurah.

Dharurah ialah suatu keadaan keperluan di mana seorang Muslim berhadapan dengan pilihan sama ada melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang atau menghadapi akibat buruk kepada agama, nyawa, maruah, akal dan juga hartanya. Dalam situasi seperti ini, di mana-mana daripada lima tujuan penting dalam hidupnya akan menjadi terancam, dia dibenarkan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh syariah.

Salah satu cabaran penjagaan warga emas patuh syariah adalah untuk melindungi maruah residen. Ini boleh dizahirkan dalam perlindungan aurat residen. Woodrose membantu memelihara aurat residen dengan memastikan pasukan medikal dan penjaga yang bertugas adalah sama jantina dengan para residen. Jika ini tidak dapat dilakukan pada sesuatu masa tertentu, konsep dharurah akan digunakan dengan syarat-syarat tertentu oleh Syariah; residen boleh dirawat oleh berlawanan jantina apabila tiada pakar lain yang boleh memeriksa residen. Jika situasi ini berlaku, residen mesti ditemani oleh mahramnya semasa rawatan dan penjagaan.

Alhamdulillah. Semoga Ustaz Abdullah Basri diberikan kesihatan yang baik dan dapat terus berkhidmat sebagai Penasihat dan guru Agama di Woodrose Senior Residences. InShaAllah. Aamiin Ya Rabb Aamiin.

WOODROSE SENIOR RESIDENCES
(207075-U)

Head Office
No. 3, 2nd Floor,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Seksyen 9, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: +6014 299 1295
Enquiries: +6012 709 8102
Careline: +6012 433 8102